Monday, December 28, 2009

Kembali ke Sekolah!!!

Dah lama saya tak update blognie kan? sebenarnya bukannya ape cuma tak de masa......pkul 2:00~4:00 ptg ade klas komputer....blajar Word ngan Excel. Mula2 saya ingatkan saya nie pandai sangat Word, rupa2nya banyak lagi yg tak tau contohnya collums, drop cap dll. K lah memandangkan cuti dah nak abis.....


SLAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
&
SLAMAT MENYAMBUT 2010!!!

Sunday, September 20, 2009

My Family


Hai, nama saya Khairun. Ibu saya lah yang beri nama tu pada saya. Saya mempunyai seorang adik yang bernama Irfan. Kami bersekolah di SK. SRI. KERIAN. Ibu saya seorang Guru Bahasa Melayu manakala ayah saya bekerja di USM sebagai seorang Pembantu Teknik Elektrik. Inilah serba sedikit tentang keluarga saya.

Bukit Larut

Semasa saya dalam darjah tiga, saya pergi ke Bukit Larut bersama kawan saya iaitu Adnin.
Kami dapat melihat bunga tulip yang berwarna-warni. Suhu di sana agak sejuk sedikit jika dibandingkan dgn suhu di sini. Ye lah, manalah tak sejuk, kami berada di atas bukit. Kami menaiki jeep utk ke puncak bukit. Masa dalam perjalanan, saya rasa kecut perut sbb jeep tu besar, tapi jln tu kecik sangat. Saya cuma takut kami semua jatuh ke dalam gaung. Whatever, nasib baik kami selamat sampai ke puncak. Ok lah sampai sini jer... Kalau cerita panjang2 pun mesti orang malas nak baca.

Bukit Tinggi




Pada tahun 2006, saya telah pun pergi ke Bukit Tinggi. Ketika berada di sana saya merasakan seolah-olah saya berasa di Kota Paris. Suhu di sana sangat sejuk. Ramai pelancong asing yang berada di sana ketika itu.

Bandar Bersejarah,Melaka

Semasa berumur 9 thn, saya juga berpeluang utk berkunjung ke Melaka. Kenangan yang paling sukar utk dilupakan ialah ketika saya menaiki beca bersama keluarga dan juga ketika saya dan adik memegang seekor iguana. Beca yg dinaiki kami telah pun dihias dengan bunga yang berwarna-warni.

Saturday, September 19, 2009

Genting Highland


Selain itu, saya juga pernah pergi melawat dkt Genting. Suhu di sana sangat sejuk. Bila cuaca sejuk, kita akan cepat lapar. So, maknanya kami banyak habiskan duit utk membeli makanan. Sebut pasal makanan, harga makanan & minuman kat sana agak mahal.

Friday, September 18, 2009

Cameron Highland

Untuk pengetahuan anda semua, saya telah pun pergi bercuti di Cameron sebanyak 3-5 kali atau mungkin lebih. Saya tulis cam tu sbb saya pun tak ingat. Ye lah maklumlah dah banyak kali pergi sana. Masa second and third visit, saya pergi dengan opah & nenek saya.

Thursday, September 17, 2009

Pulau Pangkor

Semasa ibu saya pergi berkursus di Pangkor, saya, Irfan ( my youngbrother ) & ayah saya pergi jalan - jalan dkt sana. Kami sewa motor. Cuaca kat sana memang berangin. Best.... cuma yang tak best tu aku tak pakai tudung. Mana tak nye masa tu aku baru darjah 3.

Wednesday, September 16, 2009

Uniknya Singapura...

Pada tahun lepas, saya telah berpeluang untuk pergi ke Singapura. Pengalaman yang paling sukar untuk dilupakan ialah ketika menonton persembahan yang dinamakan " Song of The Sea".
Saya dapat melihat kecanggihan teknologi mereka. Ramai pengunjung yang hadir terpesona apabila melihat percikan air yang bewarna warni serta pancaran laser. Memang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu, datanglah sendiri ke Singapura. Oh sebelum terlupa, mercu tanda bagi Singapura adalah Merlion. Nampaknye dah panjang menjalar dah nie so, sampai sini je lah.

Tuesday, September 15, 2009

Cita-cita Saya

Hmm.....dah habis tulis pasal destinasi percutian kita bercerita pulak pasal cita2. Setiap orang yang dilahirkan di bumi ini sudah semestinya mempunyai cita2 yang tersendiri. Cuma apa yang berbeza ialah cita2 kita tu tercapai atau pun x. Saya nak jadi seorang Pensyarah Sains memandangkan saya amat meminati bidang tu. Bukan sbb tu je tapi, sbb gaji yang ditawarkan agak lumayan. Dah la kerja dalam bilik yang berpendingin hawa lepas tu dapat gaji beribu-ribu..... Tapi, gaji tu bergantung pada kelulusan saya.

Masa dulu2, saya nak jadi Doktor Haiwan sbb saya nak sangat merawat haiwan yang berada dalam kesusahan. Tapi, bila difikir-fikir, saya nie ada asma mana boleh pegang kucing nanti batuklah, selsemalah, pastu demam....siapa yang susah? saya... jugak. Jangankan haiwan, diri sendiri pun x mampu nak rawat.

Keputusan saya muktamad! Saya nak jadi pensyarah. Akhir kata, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan cita2 saya ini satu kenyataan dan bukan hanya khayalan....

Monday, September 14, 2009

Roary oh Roary.... (1)

Untuk pengetahuan para pembaca, saya dan rakan sekelas saya ada membela seekor kucing yang bernama Roary. Ida yang bagi nama pada kucing tu. Boleh dikatakan hampir 1 kelas sayang Roary. Pada suatu hari, Roary beranak... Anak sulungnya bernama Maxy (Meksi), anak kedua pulak bernama Miny (Mini) & anak paling bongsu diberi nama Cicy (Sisi). Ketiga- tiga anak kucing nie x sempat nak jadi dewasa. Kecik2 lagi dah mati... Kesian keluarga Roary. Miny ialah anak kucing pertama yang mati. Dia mati sebab kekurangan zat & terkena jangkitan kuman. Mula2 dia terkena jangkitan kuman dulu lepas tu dia terus jadi x selera nak makan. Apabila kami menyedari yang keadaan Miny semakin parah, kami merancang utk bawa dia ke klinik haiwan yang berdekatan. Tapi, hampir keseluruhan pelajar dihantar oleh ibu bapa masing2. Cuma Oni aje harapan kami. Pada mulanya dia bersetuju utk membawa Miny ke klinik haiwan tapi, apabila Iza usik dia, dia terus tak jadi. Harapan kami musnah.... Pada waktu tgh hari tu jugak Miny mati. Kami sedih dan sebak kerana kehilangan Miny apatah lagi ibunya, Roary. Pada petang itu, kami menanam mayatnya di hujung padang sekolah. Seorang tukang kebun di sekolah tu berhenti memesin rumput lalu membantu kami mengebumikan mayat Miny....

Roary oh Roary.... (2)



Saya datang ke sekolah dengan harapan Cicy masih hidup. Saya juga merancang untuk mendoakan kesihatan Cicy semasa solat hajat nanti. Namun semuanya sudah terlambat. Apabila saya masuk ke kelas, saya berasa amat terkejut apabila melihat Roary sedang memakan Cicy. Ida terus memukul Roary. Saya dapat melihat kepala dan usus Cicy di atas lantai. Kami ( saya & Ida ) terus menyapu kepala & usus tersebut. Sewaktu menyapu ususnya saya hampir2 nak termuntah disebabkan bau yang meloyakan telah menusuk ke dalam hidung saya. Selepas menyapu, Adnin, membungkus mereka ( kepala & usus Cicy ) menggunakan surat khabar. Kemudian saya meletakkannya di atas almari. Saya tertanya- tanya mengapakah Roary sanggup memakan bangkai anaknya sendiri. Tambahan pula, ini bukan kali pertama Roary memakan anaknya tetapi ini merupakan kali yang ke-2. Sebenarnya, semasa Miny mati, Roary sudahpun menggigit kepala Miny utuk dimakan. Mujurlah kami ( saya dan rakan ) sempat menghalangnya. Persoalan saya terjawap beberapa hari selepas kejadian itu berlaku. Farhahlah yang telah memberitahu saya mengapa Roary bertindak sedemikian. Menurut dia, Roary memakan anaknya supaya dia boleh bunting (mengandung ). Pada waktu petang, semasa saya tiba di sekolah, Fatihah terus berlari ke arah saya lalu berkata " Keon, Roary makan Cicy lagi! ". Saya berlari ke kelas dan saya ternampak Bungkusan surat khabar tadi sudah terkoyak. Kepala Cicy hilang, yang tinggal hanyalah ususnya. Nazmi membungkus semula ususnya menggunakan surat khabar yang baru. Kami menanam mayat Cicy di tepi kubur Miny.....

Sunday, September 13, 2009

Roary oh Roary.... (3)


Pada waktu pagi itu hujan turun dengan lebatnya. "Sudah tentu sekolah banjir" bisik hatiku. Aku berharap Maxy tidak apa2. Setibanya di sekolah, aku terus pergi ke kelas lalu menyiapkan kerja sekolah matematik yang telah cikgu berikan. Aku hairan apabila melihat bilangan murid di kelasku semakin berkurangan. Jadi aku pun bertanya Nasreen "Wei, mana Iza ? ". Kemudian dia menjawab "Ha, Keon, Iza ngan yang lain pergi tengok mayat Maxy kat tempat parking keta". Aku berlari sepantas kilat ke tempat yang dinyatakan. Aku dapat melihat ramai rakan sekelasku berkerumun di sana. Apabila menyedari kehadiranku, mereka terus menjerit namaku. Kak Long (Khairiah) menyuruh adik lelakinya mengangkat mayat Maxy ke arah kami semua. Kemudian, aku membalut mayat tersebut menggunakan tisu yang telah Adnin bekalkan. Sewaktu sesi pembelajaran bermula, Roary membawa seekor burung masuk ke dalam kelas. Dia mengiau - ngiau seakan- akan mencari sesuatu. Aku tahu mesti dia sedang mencari Maxy. Mungkin, dia tidak tahu yang anak kesayangan dia telah pun mati......semuanya disebabkan aku. Kalaulah aku tak letak Maxy kat kantin, tentu semuanie tak kan berlaku........:(

Saturday, September 12, 2009

UPSR


Arghhh!!! tensyennya jadi budak tahun 6 nie... UPSR tinggal 4 hari lagi. Napelah masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Tapi, bagus jugak kan.Sebab lepas UPSR, tak payah ada kelas tambahan la... tuisyen la.. boleh dikatakan bebas macan burung tak payah nak fikir apa-apa yang berkenaan dgn UPSR. Tapi, ujian PAFA masih belum tamat. Tak apelah, sebab bukannya lamapun.... cuma beberapa hari jer.. bukanya mcm UPSR. Berbulan-bulan belajar untuk tu. OK lah sampai sini je....

Friday, September 11, 2009

Merdeka!!!

Akhirnya, setelah 3 hari berturut-turut memerah otak, bebas juga saya daripada penyeksaan nie. Huh lega gila2 bila UPSR dah habis. Walaubagaimanapun, ujian PAFA masih belum selesai lagi. Tapi, x de la penat sangat. Lagipun, kalau UPKK dapat 7A x kanla PAFA x boleh... Hmmm... OK lah ini je yang saya nak tulis.

Kepada pembaca2 yang berumur 12 tahun :

SELAMAT BERGEMBIRA !!!!

TAPI INGAT PAFA MASIH PERLU DILALUI....

Thursday, September 10, 2009

Blog Baru


Sekarang, saya sedang berada di sekolah. Saya boleh menulis blog di sekolah memandangkan semua ujian dah selesai. So, semua murid tahun enam dapatlah bergembira sepuas-puasnya. Untuk pengetahuan para pembaca, saya juga ada membuat blog baru. Saya telahpun menulis sebuah cerita melaluinya. Setakat nie tak de sape pun yang tau pasal nie, cuma saya dan ayah saya je yang tau. Jadi, kalau para pembaca dah baca semua cerita saya dlm blog nie, bolehlah awak semua tengok blog2 yang saya link.

Alamat blog baru :
http://kn-mystories.blogspot.com

Ataupun, bagi sesiapa yang malas nak taip, awak boleh klik my stories
yang ada di ruangngan links tu.

Wednesday, September 9, 2009

Abu Si Raja Tidur


Nenek saya ada membela tiga ekor kucing. Salah satunya ialah Abu. Sebenarnya nama kucing tu kelabu tapi diringkaskan menjadi Abu. Adik saya ckp dia nie singa tapi bagi saya dia nie raja tidur sbb, bila kami balik kampung je mesti dia tidur. Orang nak tangkap gambar pun masa dia tidur. Kalau dia bangun pun sbb dia nak menggeliat atau makan pastu dia tidur balik. Hai.... Abu...Abu.

Tuesday, September 8, 2009

Kisah Saya...


Huh, penat giler... Sebenarnya, harinie, murid tahun 6 kena buat ujian segak. Dah la susah, penat pulak tu. Manak tak nye... saya nie kan bekas penghidap penyakit asma. Semuanya disebabkan kucing. Walaupun begitu... saya masih menyayangi kucing. Yang peliknya, kalau ada org cerita cerita @ buat drama sedih saya susah nak menangis @ rasa sedih . Tapi, lain pulak cerita ngan haiwan. Kalau tengok kucing kelaparan, saya mesti sedih & kadang2 menangis. Contohnya mcm semalam (28.9.2009) . Lepas kami ( keluarga saya ) habis mkn, ada seekor kucing mengiau - ngiau dkt pintu belakang rumah saya. Saya baru je nak campak sisa akan yang saya mkn kat dia pastu ayah saya halang & marah saya. Kucing tu beredar dari rumah selepas saya memukul gril pintu. Lepas ayah saya belah, saya & adik makan puding. Masa tu jugak, kami menitiskan air mata....

Monday, September 7, 2009

Pahit Tapi Manis

Pada 10 & 11 Oktober, saya dan kawan2 pergi ke USM kerana kami ada program selepas UPSR. Kenangan saya di sana boleh dikatakan manis2 belaka. Tapi, kaki saya rasa mcm nak tercabut. Bukannya apa tp, sbb banyak sangat berjalan dari pagi-mlm. Dah la tempat nak buat aktiviti dgn blok jauh. Yang paling tensyen tu masa Iqa ter off suis lampu & kipas. Kami ( saya & rakan ) ingatkan kipas ngan lampu rosak. Kesian kami.... waktu siang berpanas. Itu pon nasib baik waktu mlm ada org on suis balik. Kalau x, kami kena pindah bilik........Lagi satu masa Nasreen terkunci bilik pantri. Sebenarnya sebelum nie, kami x pernah mintak kunci drpd kakak tu. Kami slalu masuk ikut pintu pantri jer...Tapi, mlm tu, lepas aktviti habis, masa kami sampai kat pintu bilik, kami sume terkejut bila pintu pantri x leh bukak. Lepas2 Nasreen terus pergi cari kakak tu unt mintak kunci. Tak de sape teman dia sbb semua org penat. Cayalah Areen !!!


Sunday, September 6, 2009

Tragedi Yang Menimpa...

Pada 17 & 18 Oktober yang lepas, saya dan keluarga pergi ke Bukit Merah. Sebelum kami bertolak, sebuah tragedi telah berlaku. Waktu itu, saya dan adik saya duduk di dalam kereta. Adik saya memanggil saya. Saya pon menoleh ke arahnya. Lantas sebuah tembakkan dilepaskan ke arah saya. Peluru itu terkena pada mata kanan saya. Saya meraung kesakitan. Adik saya terkejut kerana dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Ayah saya memarahinya manakala ibu saya memeriksa keadaan saya. Mujurlah mata saya tidak buta. Syukur alhamdullilah....Ayah saya telah mencampakkan pistol mainan adik saya ke dalam semak. Kesian adik saya...

Saturday, September 5, 2009

Bowling...

Pada hari Jumaat yang lepas, iaitu pada 30 Oktober, saya dan keluarga telah pergi ke Megamall Pulau Pinag. Sebenarnya, ayah saya ada perlawanan bowling jadi, ayah saya ingin berlatih. Di sana, saya jumpa kawan saya yang bernama Iqah. Dia pon main bowling. Dia suruh saya cuba tapi saya malu sbb saya tak pernah main sebelumnie....Pas2 saya cuba main sbb boring sangat. Bila dah main tu ketagih la plak (walaupon slalu masuk longkang). Bila dah main banyak kali baru tak masuk longkang. Saya main satu round je...markah saya cuma 32. Ok la tu...saya pon dah cukup happy dah...Bila sampai rumah jer dah pukul 2:45. Lain kali nak main puas2.


Friday, September 4, 2009

Happy & Rindu...

Alhamdullilah.....setelah bertungkus lumus belajar pagi, petang, siang, malam, berjaya juga saya memperoleh 5A dlm UPSR. Itu yang membuatkan saya gembira tu....Tapi......yang sedih tu masa kena berpisah ngan kengkawan n Roary. Rindula kat diorang.....semalam ada buat perpisahan. Jadi kami tangkap gambar buat kali terakhir. Oh ye, bercakap psal Roary...dia dah melahirkan anak & anak dia dah besar. Comel sesangat...rasa nak bawak balik jer. Kami tak bagi nama kat diorang ( anak Roary ) sbb takot klaw umow diorang pendek. Betul @ tak saya tak tau tp, sebagai langkah berjaga2 kami sume tak bagi nama. K lah sampai sinie jer.....

Kepada Kawan2 Saya :


I MISS YOU ALL!!!

DON'T 4 GET ME!!!!!!