Sunday, September 6, 2009

Tragedi Yang Menimpa...

Pada 17 & 18 Oktober yang lepas, saya dan keluarga pergi ke Bukit Merah. Sebelum kami bertolak, sebuah tragedi telah berlaku. Waktu itu, saya dan adik saya duduk di dalam kereta. Adik saya memanggil saya. Saya pon menoleh ke arahnya. Lantas sebuah tembakkan dilepaskan ke arah saya. Peluru itu terkena pada mata kanan saya. Saya meraung kesakitan. Adik saya terkejut kerana dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku. Ayah saya memarahinya manakala ibu saya memeriksa keadaan saya. Mujurlah mata saya tidak buta. Syukur alhamdullilah....Ayah saya telah mencampakkan pistol mainan adik saya ke dalam semak. Kesian adik saya...