Monday, September 14, 2009

Roary oh Roary.... (1)

Untuk pengetahuan para pembaca, saya dan rakan sekelas saya ada membela seekor kucing yang bernama Roary. Ida yang bagi nama pada kucing tu. Boleh dikatakan hampir 1 kelas sayang Roary. Pada suatu hari, Roary beranak... Anak sulungnya bernama Maxy (Meksi), anak kedua pulak bernama Miny (Mini) & anak paling bongsu diberi nama Cicy (Sisi). Ketiga- tiga anak kucing nie x sempat nak jadi dewasa. Kecik2 lagi dah mati... Kesian keluarga Roary. Miny ialah anak kucing pertama yang mati. Dia mati sebab kekurangan zat & terkena jangkitan kuman. Mula2 dia terkena jangkitan kuman dulu lepas tu dia terus jadi x selera nak makan. Apabila kami menyedari yang keadaan Miny semakin parah, kami merancang utk bawa dia ke klinik haiwan yang berdekatan. Tapi, hampir keseluruhan pelajar dihantar oleh ibu bapa masing2. Cuma Oni aje harapan kami. Pada mulanya dia bersetuju utk membawa Miny ke klinik haiwan tapi, apabila Iza usik dia, dia terus tak jadi. Harapan kami musnah.... Pada waktu tgh hari tu jugak Miny mati. Kami sedih dan sebak kerana kehilangan Miny apatah lagi ibunya, Roary. Pada petang itu, kami menanam mayatnya di hujung padang sekolah. Seorang tukang kebun di sekolah tu berhenti memesin rumput lalu membantu kami mengebumikan mayat Miny....