Monday, September 14, 2009

Roary oh Roary.... (2)



Saya datang ke sekolah dengan harapan Cicy masih hidup. Saya juga merancang untuk mendoakan kesihatan Cicy semasa solat hajat nanti. Namun semuanya sudah terlambat. Apabila saya masuk ke kelas, saya berasa amat terkejut apabila melihat Roary sedang memakan Cicy. Ida terus memukul Roary. Saya dapat melihat kepala dan usus Cicy di atas lantai. Kami ( saya & Ida ) terus menyapu kepala & usus tersebut. Sewaktu menyapu ususnya saya hampir2 nak termuntah disebabkan bau yang meloyakan telah menusuk ke dalam hidung saya. Selepas menyapu, Adnin, membungkus mereka ( kepala & usus Cicy ) menggunakan surat khabar. Kemudian saya meletakkannya di atas almari. Saya tertanya- tanya mengapakah Roary sanggup memakan bangkai anaknya sendiri. Tambahan pula, ini bukan kali pertama Roary memakan anaknya tetapi ini merupakan kali yang ke-2. Sebenarnya, semasa Miny mati, Roary sudahpun menggigit kepala Miny utuk dimakan. Mujurlah kami ( saya dan rakan ) sempat menghalangnya. Persoalan saya terjawap beberapa hari selepas kejadian itu berlaku. Farhahlah yang telah memberitahu saya mengapa Roary bertindak sedemikian. Menurut dia, Roary memakan anaknya supaya dia boleh bunting (mengandung ). Pada waktu petang, semasa saya tiba di sekolah, Fatihah terus berlari ke arah saya lalu berkata " Keon, Roary makan Cicy lagi! ". Saya berlari ke kelas dan saya ternampak Bungkusan surat khabar tadi sudah terkoyak. Kepala Cicy hilang, yang tinggal hanyalah ususnya. Nazmi membungkus semula ususnya menggunakan surat khabar yang baru. Kami menanam mayat Cicy di tepi kubur Miny.....